Pengasas Balanced Scorecard ialah Drs. Robert Kaplan (Harvard Business School) dan David Norton sebagai kerangka pengukuran prestasi yang strategik. Dicipta pada awal tahun1990-an

APA ITU BALANCED SCORECARD ?

Balanced Scorecard adalah sebuah perancangan strategik dan sistem pengurusan yang digunakan secara menyeluruh dalam perniagaan danindustri, kerajaan dan organisasi Nonprofit (bukan untung) diseluruhdunia untuk kegiatan usaha untuk menyelaraskan visi dan strategi organisasi, meningkatkan komunikasi dalaman dan luaran, dan memantau prestasi organisasi terhadap strategik dan tujuan.

PERNIAGAAN DAN BALANCED SCORECARD

Saya akan terangkan secara ringkas..

Para peniaga khususnya peniaga melayu dinasihatkan untuk mengamalkan sistem Balanced Scorecard. Sistem ini sangat mudah, lebih - lebih lagi peniaga Online secara kecil kecilan.

Perniagaan Online secara kecil - kecilan boleh mengamalkan sistem ini sehingga perniagaan anda menjadi maju.

Secara ringkasnya. Anda haruslah menetapkan Misi anda contoh: "MEMBANTU WANITA DALAM ASPEK KESIHATAN"

Seterusnya jika anda mempunyai Misi, barulah anda menjual Produk anda bersandarkan Misi anda.

Jika anda mempunyai jaringan rangkaian perniagaan, anda terapkan Misi anda kepada rangkaian anda.

Seterusnya anda perlukan membangunkan strategik untuk perniagaan anda.

CONTOH MEMBANGUNKAN STRATEGI

CONTOH MEMBANGUNKAN STRATEGI
Membangunkan Strategi memerlukan beberapa aspek iaitu pesaing, harga, kepercayaan, dan perkara lain yang difikirkan perlu. Gambar Strategik ini hanya contoh sahaja. Anda boleh membangunkan dengan kaedah lain.

Selepas membangunkan Strategi anda bolehlah membuat satu jadual tentang Prestasi penjualan anda.

CONTOH JADUAL BALANCED SCORECARD

CONTOH JADUAL BALANCED SCORECARD
Anda boleh menilai tahap prestasi anda. Plan Strategi anda boleh berubah mengikut pencapaian perestasi anda. Sebagai contoh: Penjualan tidak mendapat sambutan atau menurun dan sebagainya, anda perlu membuat analisis untuk membangunkan strategi yang berkesan.

Selamat mencuba. Kalau nak tahu lebih mendalam boleh la comment kat bawah.